Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PERKAPALAN SAUDAGAR (LATIHAN DAN PERAKUAN) (PINDAAN) 2012

Seksyen 2

Pindaan kaedah 17A

Perkapalan

Saudagar

(Latihan dan

Perakuan)

1999

[P.U. (A) 152/1999], yang disebut sebagai “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 17A dengan menggantikan subkaedah (2) dengan subkaedah yang berikut:

“(2) Tiada seorangpun berhak diberikan perakuan yang sesuai tersebut melainkan dia―

(a)

berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;

(b)

menamatkan pendidikan dan latihan yang diluluskan dan memenuhi standard kekompetenan yang ditetapkan oleh

Pengarah; dan

(c)

mempunyai tidak kurang daripada―

(i)

12 bulan perkhidmatan laut yang diluluskan semasa memegang perakuan sebagai pegawai jurutera dan memenuhi kehendak bagi perakuan sebagai seorang pegawai jurutera yang menjaga bilik enjin di atas sebuah kapal yang dikuasakan oleh apa-apa jentera

3

dorongan utama yang kuasa dorongannya kurang daripada 750 kW dalam pelayaran domestik dan pelayaran dagang persisiran pantai; atau

(ii)

36 bulan perkhidmatan laut yang diluluskan sebagai kelasi bilik enjin atau mempunyai tidak kurang daripada 30 bulan sebagai pembantu kepada pegawai menjaga awasan.”.

Pindaan Jadual

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH PERKAPALAN SAUDAGAR (LATIHAN DAN PERAKUAN) (PINDAAN) 2012