Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Elaun Modal Dipercepatkan) (Medan Marginal) 2013.
(2)
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 30 November 2010.
Tafsiran
/akn/my/act/pua/2013/119
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (MEDAN MARGINAL) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 119 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Elaun Modal Dipercepatkan) (Medan Marginal) 2013.
Kaedah-Kaedah ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 30 November 2010.
Tafsiran
Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini—
“medan marginal” ertinya suatu medan dalam kawasan perjanjian petroleum sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kaedah 3.
Medan marginal
Menteri boleh menentukan suatu medan marginal iaitu suatu medan dalam kawasan perjanjian petroleum yang mempunyai rizab minyak mentah yang berpotensi tidak melebihi tiga puluh juta tong tangki stok atau rizab gas asli tidak melebihi lima ratus bilion kaki padu standard.
Pemakaian
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai yang dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran telah melakukan perbelanjaan loji yang layak di bawah Jadual Kedua Akta semata-mata bagi maksud menjalankan operasi petroleum di suatu medan marginal.
3
Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi perbelanjaan loji yang layak yang telah dilakukan dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2010 hingga tahun taksiran 2024.
Elaun permulaan
Elaun permulaan di bawah subperenggan 8(b) Jadual Kedua Akta atas perbelanjaan loji yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah bersamaan dengan dua puluh lima peratus.
Elaun tahunan
Elaun tahunan di bawah subsubperenggan 12(1)(b) Jadual Kedua Akta atas perbelanjaan loji yang layak di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah bersamaan dengan lima belas peratus.
Pelupusan
Jika suatu aset yang layak bagi elaun disebut dalam kaedah 5 dan 6
dilupuskan dalam tempoh dua tahun dari tarikh pemerolehan, elaun yang telah dibenarkan kepada orang yang boleh dikenakan cukai itu di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah ditarik balik dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran yang dalamnya aset itu dilupuskan.
Bagi maksud subperaturan (1), “dilupuskan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam perenggan 40 Jadual Kedua Akta.
Ketidakpakaian
Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang boleh dikenakan cukai–
telah diberikan suatu elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Pelaburan)
2013 [P.U. (A) 120/2013];
4
menjalankan operasi petroleum dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama dalam kawasan pertindihan; atau
telah melakukan perbelanjaan loji yang layak atas aset yang telah dirancang untuk digunakan bagi maksud operasi petroleum dalam kedua-dua medan marginal dan medan bukan marginal yang diluluskan di bawah Pelan Pembangunan Medan
Marginal.
Dibuat 14 Mac 2013
[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19) Jld.3 (Sk.2); LHDN.01/35/(S)/42/51 Klt.17; PN(PU2)
80A/XIX]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 83(2) Akta Petroleum (Cukai
Pendapatan) 1967]
5
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCES) (MARGINAL
FIELD) RULES 2013
Opening note
These rules may be cited as the Petroleum (Income Tax)
(Accelerated Capital Allowances)(Marginal Field) Rules 2013.
These Rules are deemed to have come into operation on 30 November 2010.
Interpretation 2.
For the purpose of these Rules—
“marginal field” means a field in a petroleum agreement area as provided for under rule 3.
Marginal field 3.
The Minister may determine a marginal field which is a field in a petroleum agreement area which has potential crude oil reserves not exceeding thirty million stock tank barrels or natural gas reserves not exceeding five hundred billion standard cubic feet.
Application 4.
These Rules shall apply to a chargeable person who in a basis period for a year of assessment has incurred qualifying plant expenditure under the Second
Schedule to the Act solely for the purpose of carrying out petroleum operations in a marginal field.
6
These Rules shall apply to qualifying plant expenditure incurred in the basis period for the year of assessment 2010 until the year of assessment 2024.
Initial allowance 5.
Initial allowance under subparagraph 8(b) of the Second Schedule to the Act on qualifying plant expenditure under these Rules shall be equal to twenty five per cent.
Annual allowance 6.
Annual allowance under subsubparagraph 12(1)(b) of the Second Schedule to the Act on qualifying plant expenditure under these Rules shall be equal to fifteen per cent.
Disposal 7.
Where an asset which qualifies for the allowances referred to in rules 5
and 6 is disposed of within two years from the date of its acquisition, the allowances which have been allowed to the chargeable person under these Rules shall be withdrawn in the basis period for a year of assessment in which the asset is disposed of.
For the purpose of subregulation (1), “disposed of” has the meaning assigned to it in paragraph 40 of the Second Schedule to the Act.
Non-application
These Rules shall not apply to a chargeable person in a basis period for a year of assessment where the chargeable person–
has been granted an investment allowance under the Petroleum
(Income Tax) (Investment Allowance) Regulations 2013
[P.U. (A) 120/2013];
carries on petroleum operations in an area under any agreement or arrangement made by the Government with the government of any territory outside Malaysia for the joint exploration and exploitation of petroleum in overlapping areas; or
has incurred qualifying plant expenditure on the asset which are planned to be used for the purposes of petroleum operations in both marginal and non-marginal field approved under the
Marginal Field Development Plan .
Made 14 March 2013
[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19) Jld.3 (Sk.2); LHDN.01/35/(S)/42/51 Klt.17; PN(PU2)
80A/XIX]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 83(2) of the Petroleum
(Income Tax) Act 1967]