Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (MEDAN MARGINAL) 2013

Seksyen 8

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran jika orang yang boleh dikenakan cukai–

(a)

telah diberikan suatu elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Pelaburan)

2013 [P.U. (A) 120/2013];

4

(b)

menjalankan operasi petroleum dalam Kawasan Pembangunan

Bersama;

(c)

menjalankan operasi petroleum dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama dalam kawasan pertindihan; atau

(d)

telah melakukan perbelanjaan loji yang layak atas aset yang telah dirancang untuk digunakan bagi maksud operasi petroleum dalam kedua-dua medan marginal dan medan bukan marginal yang diluluskan di bawah Pelan Pembangunan Medan

Marginal.

Dibuat 14 Mac 2013

[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19) Jld.3 (Sk.2); LHDN.01/35/(S)/42/51 Klt.17; PN(PU2)

80A/XIX]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 83(2) Akta Petroleum (Cukai

Pendapatan) 1967]

5

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCES) (MARGINAL

FIELD) RULES 2013

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (MEDAN MARGINAL) 2013