Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PRAPERJANJIAN PETROLEUM) 2025
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang boleh dikenakan cukai daripada operasi petroleumnya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak yang disebut dalam kaedah 3.
(2)
Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah dibenarkan bagi suatu tempoh sepuluh tahun taksiran bermula dari tahun taksiran yang orang yang boleh dikenakan cukai itu menjual atau melupuskan petroleum yang boleh dikenakan cukai buat kali pertama dan amaun potongan bagi setiap tahun taksiran itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A
B iaitu
A ialah perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak; dan
B ialah sepuluh tahun taksiran.
P.U. (A) 119 4
(3)
Bagi maksud subkaedah (2), jika orang yang boleh dikenakan cukai yang melakukan perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak menjalankan operasi petroleumnya di bawah dua atau lebih perjanjian petroleum dan kawasan di bawah setiap perjanjian petroleum itu adalah berdampingan, tempoh sepuluh tahun taksiran hendaklah bermula dari tahun taksiran yang orang yang boleh dikenakan cukai itu menjual atau melupuskan petroleum yang boleh dikenakan cukai buat kali pertama yang berhubungan dengan kawasan di bawah perjanjian petroleum yang perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu dilakukan.
(4)
Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak yang belum dituntut sepenuhnya oleh orang yang boleh dikenakan cukai di bawah perjanjian petroleum itu tidak boleh dipindahkan kepada perjanjian petroleum yang lain.
Ketidakpakaian