Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2012

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“institusi pendidikan tinggi” ertinya suatu institusi di Malaysia, yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi

MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555]

dan berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia;

“orang yang boleh dikenakan cukai” ertinya seseorang yang diluluskan oleh

Talent Corporation Malaysia Berhad untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan;

“pelajar” ertinya seorang individu—

(a)

yang merupakan warganegara Malaysia;

P.U. (A) 334 3

(b)

yang melanjutkan pelajarannya dalam program ijazah atau yang sama sepertinya secara sepenuh masa di suatu institusi pengajian tinggi; dan

(c)

yang menamatkan program latihan yang diluluskan sebelum selesai semester akhir program ijazahnya atau yang sama sepertinya;

“program latihan yang diluluskan” ertinya suatu program latihan berstruktur di

Malaysia yang dijalankan sekurang-kurangnya selama sepuluh minggu sebagaimana yang diluluskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad dengan kerjasama

Kementerian Pengajian Tinggi yang memberi pengalaman praktikal dan menekankan pembangunan pengetahuan atau kemahiran khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada teknikal, komunikasi atau perniagaan, untuk pelajar institusi pengajian tinggi;

“Talent

Corporation

Malaysia

Berhad”

ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang fungsinya untuk memperkenal dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di

Malaysia.

Potongan

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN YANG DILAKUKAN BAGI PENYEDIAAN PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN) 2012