Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan yang diperihalkan dalam subkaedah (2) yang dilakukan oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dalam tempoh asas itu bagi menjalankan suatu program latihan yang diluluskan.
(2)
Belanja pasti dan perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—
(a)
elaun latihan bulanan tidak kurang daripada lima ratus ringgit yang dibayar kepada pelajar;
(b)
perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan latihan kepada pelajar;
P.U. (A) 334 4
(c)
perbelanjaan yang dilakukan bagi makanan, perjalanan dan penginapan kepada pelajar semasa menjalani program latihan itu;
dan
(d)
fi yang dibayar kepada seseorang yang telah dilantik untuk menjalankan suatu program latihan yang diluluskan.
(3)
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (2)(b), (c)
dan (d) bagi setiap pelajar tidak boleh melebihi lima ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.
(4)
Amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) hendaklah bersamaan dengan dua kali ganda amaun belanja pasti dan perbelanjaan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(5)
Bagi maksud untuk layak kepada potongan di bawah Kaedah-Kaedah ini, orang yang boleh dikenakan cukai yang menuntut potongan itu hendaklah mengemukakan surat daripada Talent Corporation Malaysia Berhad yang mengesahkan bahawa program latihan yang dijalankan itu ialah suatu program latihan yang diluluskan.
Dibuat 10 Oktober 2012
[LHDN.01/35/(S)/42/51/343-2; PN(PU2)80A/XVII]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
[Akan dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat menurut subseksyen 83(2) Akta
Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967]
P.U. (A) 334 5
PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967
PETROLEUM (INCOME TAX) (DEDUCTION FOR EXPENDITURE INCURRED FOR THE
PROVISION OF AN APPROVED INTERNSHIP PROGRAMME) RULES 2012