Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN PERBELANJAAN KETINGGALAN) 1997
Seksyen 2
Potongan
P.U. (A) 293 4
(Dibuat di bawah subseksyen 83(1))
(Disemak—2024)
Nama dan permulaan kuat kuasa 1.
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum
(Cukai Pendapatan) (Potongan Perbelanjaan Ketinggalan) 1997.
(2)
Kaedah-Kaedah ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1984 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Potongan 2.
(1)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang yang boleh dikenakan cukai, selain Petroliam Nasional Berhad atau Pihak Berkuasa Bersama
Malaysia-Thailand, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan di bawah seksyen 15 Akta apa-apa pembayaran kontraktual ses ketinggalan yang dibuat di bawah suatu perjanjian petroleum.
(2)
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan Petroliam Nasional Berhad atau Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan di bawah seksyen 15 Akta apa-apa pembayaran yang dibuat kepada
Kumpulan Wang Ses Ketinggalan berkenaan dengan ses ketinggalan yang dipungut di bawah suatu perjanjian petroleum.
P.U. (A) 293 5
(Dibuat di bawah subseksyen 83(1))
(Disemak—2024)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Nama
Berkuat kuasa dari-TIADA-
_____________
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk