Seksyen 1
Nama
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Pinjaman (Tempatan) (Fi yang Kena Dibayar Kepada Institusi Pendeposit) 1991 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 69 2023, currently marked in force and first recorded in 2023.
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
KAEDAH-KAEDAH PINJAMAN (TEMPATAN) (FI YANG
KENA DIBAYAR KEPADA INSTITUSI PENDEPOSIT) 1991
LOAN (LOCAL) (FEES PAYABLE TO DEPOSITORY
INSTITUTION) RULES 1991
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 69 2
(Dibuat di bawah seksyen 20)
(Disemak—2023)
Disemak oleh Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang di bawah seksyen 13 Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
Disemak sehingga
…
…
…
…
15 Mac 2023
Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini
…
…
…
15 Mac 2023
Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini …
…
22 Mac 2023
_______________
Dibuat pada 29 Januari 1991 sebagai P.U. (A) 75/1991
P.U. (A) 69 3
(Dibuat di bawah seksyen 20)
(Disemak—2023)
_________________________________________
SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH
_________________________________________
Kaedah
Nama
Fi untuk membuat atau mengambil pemindahan saham
Fi bagi penyenggaraan akaun pelanggan
Pemegangsimpanan fi
P.U. (A) 69 4
(Dibuat di bawah seksyen 20)
(Disemak—2023)
[1 Januari 1990]
Nama 1.
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Pinjaman
(Tempatan) (Fi Yang Kena Dibayar kepada Institusi Pendeposit) 1991.
Fi untuk membuat atau mengambil pemindahan saham 2.
Jika mana-mana orang, selain institusi pelaburan peserta, membuat suatu pemindahan atau mengambil suatu pemindahan saham di bawah subseksyen 8B(2) Akta melalui institusi pendeposit, institusi pendeposit itu boleh menghendaki orang itu untuk membayar kepada institusi pendeposit itu suatu fi yang tidak melebihi dua ringgit bagi tiap-tiap pemindahan suatu saham yang dibuat, atau tiap-tiap pemindahan suatu saham yang diambil, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui institusi pendeposit itu.
Fi bagi penyenggaraan akaun pelanggan 3.
Jika sesuatu institusi pendeposit menyenggarakan suatu akaun pelanggan di bawah subseksyen 8B(5) Akta, institusi pendeposit itu boleh menghendaki pelanggan saham itu yang berkenaan dengannya akaun pelanggan itu disenggarakan untuk membayar kepada institusi pendeposit itu suatu fi yang tidak melebihi lima ringgit bagi tiap-tiap tempoh berterusan enam bulan atau mana-mana bahagiannya yang dalam tempoh itu akaun pelanggan itu disenggarakan oleh institusi pendeposit itu.
P.U. (A) 69 5
Pemegangsimpanan fi 4.
Semua fi yang dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit di bawah
Kaedah-Kaedah ini hendaklah dipegang simpan oleh institusi pendeposit itu untuk kegunaan dan faedahnya sendiri.
P.U. (A) 69 6
(Dibuat di bawah seksyen 20)
(Disemak—2023)
Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)
Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari-TIADA-
_______________
SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI
No.
Tajuk
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.