Seksyen 3
Amalan undang-undang berkumpulan
of Kaedah-Kaedah Profesion Undang-Undang (Amalan Undang-Undang Berkumpulan) 2018
P.U. (A)In forceProvision 3 of 13
Seksyen 3
(1)
Amalan undang-undang berkumpulan ialah suatu amalan yang terdiri daripada dua hingga lima firma sebagai ahlinya—
(a)
yang setiap firma mempunyai tidak lebih daripada lima peguam bela dan peguam cara;
(b)
yang semua firma berkongsi premis di alamat yang sama dan kemudahan di bawah nama amalan undang-undang berkumpulan; dan
P.U. (A) 142 4
(c)
yang setiap firma bekerjasama dengan satu sama lain tanpa menjadi rakan kongsi.
(2)
Mana-mana firma dalam amalan undang-undang berkumpulan tidak boleh menjadi ahli bagi amalan undang-undang berkumpulan yang lain.