Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018

Seksyen 4

(1)

Semua firma yang ingin menjalankan amalan sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan hendaklah memohon secara bertulis kepada

Majlis Peguam untuk kelulusan bagi—

(a)

menjalankan amalan sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan;

(b)

nama amalan undang-undang berkumpulan yang dicadangkan; dan

(c)

cara nama amalan undang-undang berkumpulan yang akan digunakan bersama-sama dengan nama firma bagi setiap firma dalam amalan undang-undang berkumpulan.

(2)

Majlis

Peguam tidak boleh meluluskan apa-apa nama amalan undang-undang berkumpulan yang dicadangkan jika nama itu—

(a)

adalah atau boleh dengan semunasabahnya dianggap sebagai suka menunjuk-nunjuk, mengelirukan, bersifat mengeksploitasi, memperdayakan, menimbulkan sensasi, menyakitkan hati atau dengan apa-apa cara yang lain yang tidak sepadan dengan martabat profesion undang-undang; atau

(b)

sebegitu seumpama dengan amalan undang-undang berkumpulan lain yang sedia ada yang berkemungkinan menyebabkan kekeliruan.

P.U. (A) 142 5

(3)

Suatu firma yang mempunyai cawangan tidak dibenarkan untuk menyertai suatu amalan undang-undang berkumpulan.

(4)

Majlis Peguam boleh, dalam tempoh tiga puluh hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan di bawah subkaedah (1), memberitahu secara bertulis kepada firma yang ingin menjalankan amalan sebagai amalan undang-undang berkumpulan mengenai kelulusan atau penolakan permohonan itu.

Nama amalan undang-undang berkumpulan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018