Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PELESENAN PERKONGSIAN ANTARABANGSA DAN FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING) 2014

Seksyen 10

(1)

Majlis Peguam hendaklah menyimpan dalam bentuk dan cara yang difikirkannya sesuai suatu daftar―

(a)

perkongsian antarabangsa berlesen;

(b)

firma guaman asing berkelayakan berlesen;

(c)

firma guaman Malaysia yang diberi lesen untuk mengambil bekerja peguam asing di bawah seksyen 40H Akta;

(d)

peguam asing berdaftar yang menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan; dan

(e)

peguam Malaysia yang menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa berlesen dan firma guaman asing berkelayakan berlesen.

P.U. (A) 148 18

(2)

Daftar itu hendaklah, atas permohonan dan pembayaran fi yang ditetapkan, dibuka untuk pemeriksaan dalam bentuk dan cara dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan oleh Majlis Peguam.

(3)

Setiap perkongsian antarabangsa berlesen dan firma guaman asing berkelayakan berlesen hendaklah memaklumkan kepada Majlis Peguam secara bertulis berkenaan apa-apa perubahan dalam mana-mana butiran yang berikut dalam tempoh tujuh hari perubahan sedemikian:

(a)

nama perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan;

(b)

alamat perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan;

(c)

nombor telefon dan nombor faksimili, alamat e-mel dan laman web perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan;

(d)

bilangan rakyat Malaysia dan peguam asing bekerja dalam perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan;

(e)

nama, kewarganegaraan dan jawatan mana-mana peguam asing yang bekerja dalam perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan; dan

(f)

jumlah tahun pengalaman undang-undang mana-mana peguam asing yang bekerja dalam suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan.

P.U. (A) 148 19

(4)

Setiap firma guaman Malaysia hendaklah memaklumkan Majlis Peguam secara bertulis apa-apa perubahan pada nama, kewarganegaraan dan jawatan mana-mana peguam asing yang bekerja di firma guaman Malaysia.

(5)

Majlis Peguam boleh―

(a)

membetulkan apa-apa kesilapan dalam daftar;

(b)

membuat apa-apa pindaan yang perlu kepada daftar akibat apa-apa perubahan keadaan atau butiran atau sebagaimana diberi kuasa di bawah mana-mana peruntukan Akta atau Kaedah-Kaedah ini; dan

(c)

atas permintaan mana-mana perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau peguam asing, mengeluarkan nama perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau peguam asing daripada daftar.

(6)

Majlis Peguam boleh, atas permohonan oleh mana-mana perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau peguam asing, dan pembayaran fi yang ditetapkan, meminda suatu lesen atau sijil pendaftaran yang dikeluarkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini.

Pengecualian

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PELESENAN PERKONGSIAN ANTARABANGSA DAN FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING) 2014