Malaysia legislation

Section 12

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PELESENAN PERKONGSIAN ANTARABANGSA DAN FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING) 2014

Seksyen 12

Bagi maksud menentukan sama ada apa-apa peruntukan Akta atau

Kaedah-Kaedah ini atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah Akta atau

Kaedah-Kaedah ini telah dipatuhi, Majlis Peguam boleh menghendaki mana-mana perkongsian antarabangsa berlesen, firma guaman asing berkelayakan berlesen, firma guaman asing atau firma guaman Malaysia yang membentuk atau bercadang untuk membentuk suatu perkongsian antarabangsa, atau suatu firma guaman asing berkelayakan atau mana-mana peguam asing memberikan sebarang dokumen, butiran atau maklumat berkaitan atau yang berhubungan dengan―

(a)

operasi perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau berhubungan dengan atau berkaitan dengan mana-mana peguam asing;

(b)

permohonan untuk pendaftaran peguam asing bagi menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang relevan; atau

(c)

permohonan lesen suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan dalam menjalankan perniagaan masing-masing.

Borang

Section 12 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PELESENAN PERKONGSIAN ANTARABANGSA DAN FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING) 2014