Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(1)
Suatu permohonan bagi lesen perkongsian antarabangsa hendaklah dibuat dalam Borang A.
(2)
Jika nama yang dicadangkan untuk perkongsian antarabangsa merupakan suatu kombinasi nama firma guaman Malaysia dan firma guaman asing, ia hendaklah diluluskan melainkan nama itu disifatkan tidak sesuai oleh Majlis Peguam.
(3)
Tertakluk kepada syor Jawatankuasa Pemilihan, tiada lesen akan diberikan melainkan kedua-dua firma guaman asing dan firma guaman Malaysia memenuhi syarat yang berikut:
(a)
mereka mempunyai reputasi yang baik;
(b)
mereka tidak tertakluk kepada apa-apa prosiding disiplin dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak pernah sebelum ini diambil prosiding disiplin untuk mana-mana kesalahan disiplin;
(c)
mereka tidak menjadi pihak kepada apa-apa prosiding jenayah atau sivil yang boleh menjurus kepada prosiding disiplin diambil terhadap mereka dalam mana-mana bidang kuasa;
(d)
mereka tidak dilarang daripada menjalankan perniagaan masing-masing dalam mana-mana bidang kuasa dan tidak
P.U. (A) 148 6
tertakluk kepada apa-apa syarat khusus dalam menjalankan amalan undang-undang akibat daripada apa-apa prosiding jenayah atau sivil terhadap mereka dalam mana-mana bidang kuasa;
(e)
firma guaman asing dan firma guaman Malaysia, pada pendapat
Majlis Peguam, mempunyai kepakaran dan pengalaman guaman yang berkaitan dalam bidang amalan yang dibenarkan;
(f)
firma guaman asing hendaklah memastikan bahawa bilangan peguam asing dalam perkongsian antarabangsa, yang bermastautin di Malaysia selama tidak kurang daripada seratus lapan puluh dua hari dalam mana-mana tahun kalendar hendaklah tidak kurang daripada jumlah yang ditentukan oleh Majlis Peguam dalam perundingan dengan
Jawatankuasa
Pemilihan, dalam mana-mana kes tertentu;
(g)
pemilikan ekuiti dan hak mengundi firma guaman Malaysia dan firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa hendaklah sebagaimana ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan;
(h)
firma guaman asing dan firma guaman Malaysia telah membuat perjanjian bertulis untuk menyertai dan menguruskan bersama perkongsian antarabangsa dan mengemukakan satu salinan perjanjian sedemikian kepada Majlis Peguam dan membuat aku janji bahawa tiada pengubahsuaian material akan dibuat kepada perjanjian itu tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Majlis Peguam;
(i)
perkongsian antarabangsa itu hendaklah menyelenggara polisi insurans tanggung rugi profesional mengikut seksyen 78A Akta; dan
P.U. (A) 148 7
(j)
firma guaman asing dan firma guaman Malaysia secara bersama mengemukakan suatu rancangan yang memuaskan kepada Majlis
Peguam yang menjelaskan rancangan perniagaan perkongsian antarabangsa yang hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana rancangan untuk pemindahan teknologi dan kepakaran yang bersesuaian dalam bidang amalan yang dibenarkan dan cadangan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan dan pembangunan perkhidmatan pasaran guaman
Malaysia, serta pelaksanaan rancangan itu dan membuat aku janji bahawa tiada pengubahsuaian material akan dibuat kepada rancangan itu tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Majlis Peguam.
(4)
Syarat yang disebut dalam subkaedah (3) hendaklah terus terpakai selagi perkongsian antarabangsa itu dilesenkan.
(5)
Apabila kelulusan diberi untuk permohonan yang disebut dalam subkaedah (1), Majlis Peguam hendaklah, setelah menerima fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen dalam Borang D.
(6)
Perkongsian antarabangsa hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas tamat setiap tempoh dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluaran lesen, mengemukakan kepada Majlis Peguam suatu laporan tahunan prestasinya.
(7)
Laporan tahunan yang disebut dalam subkaedah (6) hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam dari semasa ke semasa, termasuk apa-apa rekod perakaunan perkongsian antarabangsa.
(8)
Pelesenan suatu perkongsian antarabangsa tidak akan mempengaruhi amalan firma guaman Malaysia yang berhak untuk meneruskan amalannya seolah-olah lesen perkongsian antarabangsa tidak diberikan.
P.U. (A) 148 8
(9)
Lesen perkongsian antarabangsa hendaklah sah untuk suatu tempoh permulaan selama tiga tahun, melainkan dibatalkan lebih awal.
(10)
Majlis Peguam boleh, setelah menerima permohonan secara bertulis dan bayaran fi yang ditetapkan, membaharui lesen perkongsian antarabangsa tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan.
Lesen firma guaman asing berkelayakan