Malaysia legislation
Section 12
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 12
(1)
Pengarah hendaklah mengumpul dokumen yang berikut yang membentuk rekod aduan:
(a)
suatu salinan aduan atau apa-apa permohonan oleh Majlis Peguam di bawah subseksyen 94(4) Akta, jika ada, berserta apa-apa dokumen sokongan dan akuan berkanun;
(b)
suatu salinan penjelasan bertulis dan dokumen sokongan, jika ada, daripada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan;
(c)
suatu salinan surat penarikan balik atau surat pencelahan, jika ada, dan
(d)
suatu salinan penjelasan lanjut dan dokumen sokongan, jika ada.
(2)
Suatu salinan rekod aduan hendaklah diserahkan kepada pengadu dan peguam bela dan peguam cara yang berkenaan sebelum Jawatankuasa Tatatertib memulakan pendengarannya.
Masa dan tempat pendengaran Jawatankuasa Tatatertib