Malaysia legislation

Section 15

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017

Seksyen 15

(1)

Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyempurnakan pendengaran dan menghantar laporannya dalam tempoh empat bulan dari tarikh pelantikannya.

(2)

Jawatankuasa Tatatertib boleh menangguhkan pendengaran dari semasa ke semasa tanpa memberikan notis bertulis jika penangguhan diberikan dalam kehadiran pihak-pihak.

(3)

Walau apa pun subkaedah (1), Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib boleh, apabila terdapat suatu permohonan secara bertulis dibuat kepada

Pengerusi Lembaga Tatatertib, memberikan tempoh pelanjutan tidak melebihi dua bulan dengan syarat terdapat alasan yang munasabah untuk berbuat demikian.

P.U. (A) 197 12

(4)

Jika pendengaran tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang dirujuk dalam subkaedah (3), Pengerusi Lembaga Tatatertib boleh memberi pelanjutan masa tambahan sehingga

Jawatankuasa

Tatatertib selesai menjalankan pendengarannya.

(5)

Masa yang diberikan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk menjalankan penyiasatan dan mengemukakan laporannya hendaklah disifatkan dilanjutkan dalam hal jika Majlis Peguam mencelah di bawah kaedah 9.

(6)

Jika Pengerusi Lembaga Tatatertib memutuskan untuk tidak melanjutkan masa yang dinyatakan dalam subkaedah (3), beliau hendaklah melaporkan keputusannya itu kepada Lembaga Tatatertib dan Lembaga Tatatertib boleh membubarkan Jawatankuasa Tatatertib itu dan melantik Jawatankuasa Tatatertib yang baru untuk mendengar dan memutuskan aduan itu.

Ketidakhadiran pihak di hadapan Jawatankuasa Tatatertib

Section 15 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017