Malaysia legislation
Section 18
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 18
Prosiding Jawatankuasa Tatatertib
(1)
Pada permulaan pendengaran, Pengerusi hendaklah memperkenalkan ahli-ahli panel dan merekodkan nama-nama pihak yang hadir.
P.U. (A) 197 13
(2)
Melainkan jika dibenarkan oleh Pengerusi, hanya pengadu, peguam bela dan peguam cara yang berkenaan dan wakil mereka di sisi undang-undang, jika ada, dibenarkan hadir sebelum keterangan diambil.
(3)
Jika pengadu ialah pertubuhan perbadanan atau suatu organisasi, pengadu boleh hadir melalui wakil yang diberi kuasa.
(4)
Semua keterangan hendaklah diberikan secara berasingan di bawah akuan bersumpah dan direkodkan oleh pengerusi.
(5)
Pengerusi hendaklah —
(a)
mengarahkan pengadu untuk mengemukakan kes dan keterangan substantif yang diberikan hendaklah direkodkan dan dokumen yang dikemukakan hendaklah ditandakan; dan
(b)
Jika pengadu atau wakil tidak hadir, meneruskan dengan pendengaran kes di bawah kaedah 16 atas rekod aduan dan hendaklah memanggil peguam bela dan peguam cara berkenaan untuk menjawab aduan itu.
(6)
Pada mana-mana pendengaran kes di hadapan Lembaga Tatatertib—
(a)
peguam bela dan peguam cara yang berkenaan boleh memeriksa balas pengadu dan saksi-saksinya, jika ada, jika mereka telah memberikan keterangan berhubung dengan aduan itu; dan
(b)
pengadu boleh memeriksa balas peguam bela dan peguam cara yang berkenaan dan saksi-saksinya, jika ada, jika mereka telah memberi keterangan berhubung dengan aduan itu.
P.U. (A) 197 14
(7)
Pengerusi atau ahli Jawatankuasa boleh bertanyakan apa-apa soalan, atau meminta kehadiran mana-mana orang sebagai saksi, atau untuk mengemukakan sesuatu atau dokumen sebagaimana yang Jawatankuasa fikirkan patut dan berkaitan kepada pendengaran untuk menjelaskan apa-apa perkara yang berbangkit daripada keterangan.
(8)
Setelah pengadu selesai membentangkan kesnya, Pengerusi hendaklah memanggil peguam bela dan peguam cara yang berkenaan untuk memberi maklum balas kepada aduan itu.
(9)
Setelah prosiding selesai, Pengerusi boleh memanggil kedua-dua pihak untuk membuat hujahan terakhir dengan peguam bela dan peguam cara yang berkenaan membuat penghujahan yang pertama.
(10)
Jika Jawatankuasa Tatatertib berniat untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen 103C(2) Akta, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memberikan peluang lanjut kepada peguam bela dan peguam cara yang berkenaan untuk didengar mengenai perintah yang dicadangkan itu.
(11)
Jika aduan itu berdasarkan tindakan berhubungan dengan wang dalam simpanan atau kawalan peguam bela dan peguam cara yang berkenaan, beban adalah terletak di atas peguam bela dan peguam cara yang berkenaan untuk memberi penjelasan yang memuaskan berhubung dengan aduan itu.
(12)
Jawatankuasa Tatatertib hendaklah membuat suatu rekod berkenaan keterangan yang diberikan.
(13)
Bagi maksud mengelakkan keraguan, proses prosiding tatatertib di bawah Akta disifatkan sebagai penyiasatan dalam terma seksyen 103B.
P.U. (A) 197 15
Rekod prosiding di hadapan Jawatankuasa Tatatertib