Malaysia legislation
Section 21
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 21
Laporan Jawatankuasa Tatatertib
(1)
Laporan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyatakan dapatan fakta, syor dan alasan bagi dapatan fakta dan syor tersebut.
(2)
Jika—
(a)
Jawatankuasa Tatatertib sebulat suara dalam dapatan faktanya atau syornya, laporan itu hendaklah ditandatangan oleh
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib; atau
(b)
Jawatankuasa Tatatertib tidak sebulat suara dalam dapatan fakta atau syornya, dapatan fakta atau syor majoriti hendaklah disifatkan sebagai dapatan fakta atau syor
Jawatankuasa Tatatertib, dan alasan bagi dapatan fakta atau syor bagi ahli majoriti dan minoriti hendaklah direkodkan dan laporan itu hendaklah ditandatangan oleh semua ahli
Jawatankuasa Tatatertib.
P.U. (A) 197 16
(3)
Laporan Jawatankuasa Tatatertib berserta dengan rekod prosiding hendaklah dihantar kepada Pengarah dalam tempoh yang ditetapkan dalam kaedah 15.
(4)
Laporan Jawatankuasa Tatatertib di bawah kaedah ini hendaklah muktamad bagi prosiding Jawatankuasa Tatatertib.