Malaysia legislation
Section 22
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 22
(1)
Selepas pelantikan ke Jawatankusa Tatatertib, jika ahli tidak dapat menjalankan fungsi sebagai Pengerusi atau ahli Lembaga Tatatertib disebabkan sakit atau apa-apa sebab lain, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga Tatatertib.
(2)
Apabila menerima laporan di bawah subkaedah (1), Lembaga Tatatertib boleh membatalkan pelantikan ahli yang berkenaan.
(3)
Jika mana-mana orang berhenti menjadi ahli Jawatankuasa Tatatertib oleh sebab di bawah subkaedah (1), ahli yang lain hendaklah dilantik menggantikannya dan prosiding hendaklah disambung tanpa pemberhentian melainkan
Jawatankuasa Tatatertib berpandangan yang prosiding sepatutnya dimulakan secara de novo.
Kelewatan