Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Akta” ertinya Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992
[Akta 493];
“dadah berbahaya” hendaklah mempunyai erti yang sama di bawah Akta
Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah
Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190];
5
“kafe siber” ertinya mana-mana tempat atau premis yang menyediakan kemudahan komputer untuk melayari internet serta menjual makanan dan minuman kepada pelanggan;
“komputer” hendaklah mempunyai erti sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563];
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 5(2) Akta;
“pegawai kesihatan” ertinya pengamal perubatan yang telah diberikan kuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia secara bertulis di bawah seksyen 34C Akta
Perubatan 1971 [Akta 50] atau seorang pegawai perubatan yang berdaftar di bawah
Akta Perubatan 1971 [Akta 50] atau pegawai perubatan yang dilantik oleh Datuk
Bandar;
“peralatan keselamatan” termasuklah kamera litar tertutup atau apa-apa peralatan elektronik lain sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar;
“premis berlesen” ertinya mana-mana tempat atau premis yang digunakan bagi menjalankan perniagaan pusat siber atau kafe siber sebagaimana yang dilesenkan oleh Datuk Bandar di bawah Kaedah-Kaedah ini; dan
“pusat siber” ertinya mana-mana tempat atau premis yang menyediakan kemudahan komputer untuk melayari internet.