Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 4

Permohonan bagi lesen

(1)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen 6(3) Akta tidak dikemukakan oleh pemohon dalam masa yang ditetapkan oleh Datuk Bandar, permohonan untuk lesen itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), pemohon boleh mengemukakan permohonan baru.

(3)

Datuk Bandar boleh menghendaki seseorang pemohon supaya hadir sendiri dan, dalam hal sesuatu perbadanan atau firma, melalui pengarah atau pekerjanya, untuk memberi apa-apa penjelasan berkaitan dengan permohonan bagi pengeluaran lesen.

(4)

Sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah tertakluk kepada―

(a)

kesesuaian dan keluasan tempat atau premis yang akan digunakan sebagai pusat siber atau kafe siber;

(b)

bilangan unit komputer yang akan ditentukan di premis berlesen dan pemberian nombor pengenalan untuk setiap unit komputer yang ditentukan di premis berlesen itu;

(c)

syarat dan sekatan yang dikenakan;

(d)

bayaran jaminan wang sebagaimana yang diperuntukkan dalam kaedah 7; dan 7

(e)

bayaran fi lesen sebagaimana yang ditetapkan dalam kaedah

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012