Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 7

(1)

Datuk Bandar boleh menghendaki mana-mana orang yang kepadanya lesen telah diberikan untuk memberi jaminan di bawah seksyen 10 Akta tidak melebihi lima puluh ribu ringgit sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

(2)

Sesuatu jaminan wang yang dibayar hendaklah, melainkan dilucuthakkan, dibayar balik kepada pemegang lesen dengan tiada pelarasan bagi faedah atas amaun yang diberikan di bawah subkaedah (1) selepas pemegang lesen berhenti mengendalikan pusat siber atau kafe siber itu dan lesen diserahkan balik kepada Datuk Bandar dalam keadaan lesen itu belum tamat tempoh.

(3)

Bagi maksud subkaedah (2), pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Datuk Bandar secara bertulis jika dia berhasrat untuk berhenti mengendalikan pusat siber atau kafe siber itu. Pemegang lesen hendaklah memohon kepada Datuk Bandar dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dia berhenti mengendalikan pusat siber atau kafe siber itu untuk jaminan wangnya dikembalikan.

8

(4)

Sekiranya pemegang lesen tidak memohon untuk jaminan wangnya dikembalikan, wang jaminan tersebut akan dilucuthakkan kepada Datuk Bandar.

Tatacara bagi pembatalan lesen

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012