Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011

Seksyen 10

(1)

Pemegang lesen hendaklah pada setiap masa menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan supaya disimpan atau disenggara suatu rekod pengilangan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun.

(2)

Tertakluk kepada subkaedah 6(b), pemegang lesen hendaklah menyimpan rekod berhubungan dengan kebenaran untuk mengilang bagi pihak pendaftar racun makhluk perosak bagi suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun.

(3)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod itu dan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh pegawai yang diberi kuasa bagi maksud pemeriksaan.

Fi

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011