Seksyen 5
Takat lesen
of Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi Pengilangan) 2011
P.U. (A)In forceProvision 5 of 11
Seksyen 5
(1)
Suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah termasuk perkara-perkara yang berhubungan dengan penyimpanan, pemilikan racun makhluk perosak di mana-mana kilang yang dinyatakan dalam lesen itu.
(2)
Pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga secara bertulis mengenai apa-apa perubahan bagi perkara-perkara yang disebut di bawah subkaedah (1) dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh berlaku perubahan itu.
P.U. (A) 187 5