Seksyen 6
Pembaharuan lesen
of Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan bagi Pengilangan) 2011
P.U. (A)In forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)
Suatu lesen boleh diperbaharui apabila permohonan dibuat kepada
Lembaga dalam Borang A sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua dan hendaklah disertai dengan fi yang ditetapkan sebelum tamat tempoh lesen itu.
(2)
Lembaga boleh, semasa meluluskan pembaharuan lesen itu, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.