Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK) (PINDAAN) 2024

Seksyen 3

Makhluk Perosak) 2004 [P.U. (A) 70/2004] dipinda dalam Jadual—

Lesen ini tidak boleh dipindahkan hakmiliknya dan dikeluarkan tertakluk kepada *syarat-syarat yang berikut:

(a)

lesen ini hendaklah dipamerkan pada sepanjang masa di premis yang dinyatakan dalam lesen ini;

(b)

tiada seorang pun boleh menjalankan suatu **syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak selain di premis yang dinyatakan dalam lesen ini;

(c)

Lembaga tidak akan mengeluarkan lesen pengendali kawalan makhluk perosak sehingga pemohon, atau seorang pemakai racun makhluk perosak yang bekerja di bawahnya yang menjalankan atau menyelia penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas harta orang lain bagi upah, ialah pemakai racun makhluk perosak berlesen;

(d)

pemegang lesen hendaklah memohon kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa pertukaran dalam alamat **syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak itu sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum pertukaran itu, disertakan dengan satu salinan Lesen untuk Menjual dan

Menyimpan untuk Jualan Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh

Pegawai

Pelesenan

Racun

Makhluk

Perosak dan, dalam hal perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak, lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan bagi premis yang baru;

(e)

pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perubahan mengenai pemakai racun makhluk perosak berlesen yang bekerja di bawahnya dalam tempoh sepuluh hari daripada perubahan itu.

(*Lembaga boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu)

................................................................................

Setiausaha

Lembaga Racun Makhluk Perosak

Tarikh dikeluarkan: ..........................................

___________________________________________________________________________________________

**Potong yang tidak berkenaan.”;

Kod QR dijana oleh komputer

P.U. (A) 186 4

(b)

dengan menggantikan Borang E dengan borang yang berikut:

Borang E

[Subkaedah 7(3)]

LESEN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK

No. Lesen: ........................................

Nama: ….................................................................................................................

No. KP: …................................................................................................................

Nama *syarikat/perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak dan alamat: …………………………………………………

………………………………………………………………………………………...……

……………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………...

...................................................................................................................................

(Tandatangan Setiausaha, Lembaga Racun Makhluk Perosak)

Tempoh sah: ........................................................

Tarikh dikeluarkan: ..........................................

_____________________________________________________________________________________________

**Syarat-syarat:

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PENGENDALI KAWALAN MAKHLUK PEROSAK) (PINDAAN) 2024