Seksyen 1
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Saraan Peguam Cara
(Penguatkuasaan) 2016.
/akn/my/act/pua/2016/340
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 340 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Saraan Peguam Cara
(Penguatkuasaan) 2016.
Tafsiran
“akaun klien” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Akaun Peguam Cara 1990 [P.U. (A) 301/1990];
“akaun pejabat” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh peguam bela dan peguam cara bagi amalannya, selain akaun klien;
“dokumen” ertinya buku, akaun, buku tunai klien, lejar klien, rekod, baucer, bil, invois, resit dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan transaksi, dan hendaklah termasuk buku helai cerai, kad atau dokumen lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi pengendalian apa-apa sistem simpan kira, mekanikal atau berkomputer;
“firma” ertinya firma yang di bawah namanya peguam bela dan peguam cara menjalankan amalan dan yang didaftarkan oleh Majlis Peguam dalam daftar nama firma yang disenggarakan oleh Majlis Peguam di bawah subseksyen 85(1) Akta;
“Majlis Peguam” termasuklah mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh
Majlis Peguam di bawah subseksyen 58(1) Akta;
P.U. (A) 340 3
“urusan bukan bertikaian diselesaikan” ertinya urusan bukan bertikaian bagi seseorang klien yang baginya peguam bela dan peguam cara telah membayar sepenuhnya atau sebahagiannya fi yang kena dibayar kepadanya, sama ada dibayar oleh klien atau mana-mana orang lain, dan sama ada fi telah dibayar ke dalam akaun klien atau akaun pejabat;
“urusan bukan bertikaian” ertinya urusan bukan bertikaian yang dikawal selia oleh Perintah Saraan Peguam Cara 2005 [P.U. (A) 520/2005];
“skala atau fi tetap” ertinya skala atau fi tetap yang ditetapkan di bawah
Perintah Saraan Peguam Cara 2005.
Paparan tanda “tiada diskaun”
Seseorang peguam bela dan peguam cara hendaklah memaparkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dia menjalankan amalan, suatu tanda
“tiada diskaun”.
Tanda “tiada diskaun” hendaklah mengandungi perkataan yang berikut dalam bahasa kebangsaan:
“Tiada diskaun ke atas skala atau fi tetap bagi urusan bukan bertikaian yang dikawal selia oleh Perintah Saraan Peguam Cara 2005
[P.U. (A) 520/2005]”.
Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melanggar subkaedah 3(1) atau (2) boleh dikenakan prosiding tatatertib.
Peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang boleh membuat aduan mengenai pelanggaran Perintah Saraan Peguam Cara
Seseorang peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat tentang—
P.U. (A) 340 4
ketidakpatuhan terhadap Perintah Saraan Peguam Cara oleh mana-mana peguam bela dan peguam cara; atau
apa-apa dorongan yang dibuat atau diberikan kepada seseorang peguam bela dan peguam cara oleh mana-mana orang supaya peguam bela dan peguam cara itu melakukan pelanggaran
Perintah Saraan Peguam Cara, boleh membuat aduan secara bertulis kepada Majlis Peguam dalam Borang A Jadual.
Majlis Peguam hendaklah, jika ia mendapati terdapat merit dalam aduan itu, menguruskan aduan itu.
Menguruskan aduan
tiada merit dalam aduan itu, menolak aduan itu dan memberitahu pengadu dan peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan itu dibuat; atau
menghantar atau menghantar serah kepada peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan itu dibuat suatu salinan aduan berserta dengan semua dokumen sokongan, jika ada, yang diberikan kepada Majlis Peguam; dan
bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi Perintah Saraan Peguam Cara,
Majlis Peguam boleh, dalam Borang B Jadual, menghendaki
P.U. (A) 340 5
mana-mana peguam bela dan peguam cara melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
melengkapkan dan menghantar serah kepada Majlis
Peguam, suatu penyata berhubung dengan mana-mana transaksi dalam Borang C Jadual;
hadir sendiri di hadapan Majlis Peguam dan mengemukakan untuk diperiksa apa-apa dokumen yang berhubungan dengan mana-mana transaksi; atau
memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Majlis Peguam.
Majlis Peguam boleh menggunakan—
penyata yang dilengkapkan dan dihantar serah oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(A);
hasil pemeriksaan dokumen oleh Majlis Peguam yang diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(B); atau
apa-apa maklumat atau butir-butir yang diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(C), sebagai asas aduan kepada Lembaga Tatatertib terhadap peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan dibuat.
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang tidak mematuhi kehendak
Majlis Peguam di bawah subperenggan 5(1)(b)(ii) boleh dikenakan prosiding tatatertib.
P.U. (A) 340 6
Walau apa pun apa-apa dalam kaedah ini dan kaedah 4, Majlis Peguam boleh, dengan usulnya sendiri, mengambil tindakan di bawah subperenggan 5(1)(b)(ii).
Penyampaian notis
Jika apa-apa notis dikehendaki diberikan kepada peguam bela dan peguam cara di bawah Kaedah-Kaedah ini, ia boleh diberikan atau dihantar serah sendiri atau menghantarkannya dengan pos berdaftar bayar dahulu atau kurier ke alamat peguam bela dan peguam cara yang terakhir diketahui.
Jika apa-apa penyata atau mana-mana dokumen, maklumat atau butir-butir dikehendaki diberikan kepada Majlis Peguam di bawah Kaedah-Kaedah ini, ia hendaklah diberikan atau dihantar serah sendiri atau dihantar dengan pos berdaftar bayar dahulu kepada Setiausaha Bar Malaysia di urus setia Majlis Peguam.
Pelanjutan masa
Jika apa-apa penyata atau mana-mana dokumen, maklumat atau butir-butir dikehendaki diberikan kepada Majlis Peguam di bawah Kaedah-Kaedah ini dalam masa yang ditetapkan, masa itu boleh dilanjutkan oleh Majlis Peguam sebagaimana yang disifatkannya patut.
P.U. (A) 340 7
JADUAL
BORANG A
[Subkaedah 4(1)]
ADUAN KEPADA MAJLIS PEGUAM BERKENAAN DENGAN PELANGGARAN
PERINTAH SARAAN PEGUAM CARA 2005
Daripada:
Nama pengadu, No. KP dan alamat:
Kepada:
Setiausaha Bar Malaysia
Majlis Peguam Malaysia
[alamat]
*1.
Saya sesungguhnya percaya bahawa [nama peguam bela dan peguam cara atau firma peguam bela dan peguam cara] di [alamat peguam bela dan peguam cara yang diadu] melanggar Perintah Saraan Peguam Cara atas alasan yang berikut:
[nyatakan alasan kepercayaan dan lampirkan keterangan dokumentar (jika ada)
bagi pelanggaran yang dikatakan]
*2.
Saya telah didorong oleh [nyatakan nama pihak yang mendorong] di [alamat pihak yang mendorong] untuk melakukan pelanggaran Perintah Saraan Peguam Cara iaitu:
[perihalkan secara ringkas dorongan dan lampirkan keterangan dokumentar
(jika ada) bagi dorongan yang dikatakan]
atau
Saya sesungguhnya percaya bahawa [nama peguam bela dan peguam cara bagi firma peguam bela dan peguam cara] di [alamat peguam bela dan peguam cara yang diadu] telah didorong oleh [nyatakan nama pihak yang mendorong] di [alamat pihak yang mendorong] untuk melakukan pelanggaran Perintah Saraan Peguam Cara iaitu:
P.U. (A) 340 8
[perihalkan secara ringkas dorongan dan lampirkan keterangan dokumentar
(jika ada) bagi dorongan yang dikatakan]
* Potong yang mana tidak berkenaan
3.
Saya memohon Majlis Peguam untuk menyiasat aduan di atas dan mengambil apa-apa tindakan yang perlu sebagaimana yang disifatkan patut dan sesuai.
4.
Saya membuat aduan ini dengan akuan yang sesungguhnya dan sepenuh hati mempercayai bahawa aduan itu adalah benar serta menurut kuasa peruntukan
Akta Akuan Berkanun 1960.
Ditandatangani dan diakui sebenar-benarnya oleh yang tersebut namanya di atas
...................................................................................................................
di...............................................................................................................
di Negeri ……........................................................................................
pada.......................haribulan..............................., 20........................
Di hadapan saya,
…………….............................................
(Tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen/Majistret/
Pesuruhjaya Sumpah)
P.U. (A) 340 9
BORANG B
[Subperenggan 5(1)(b)(ii)]
NOTIS UNTUK MENYEMPURNAKAN DAN MENGHANTAR SERAH PENYATA
Kepada: [*Masukkan nama firma peguam bela dan peguam cara]
1.
Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi Perintah Saraan Peguam Cara atau tidak (dan apa-apa kaedah atau arahan Majlis Peguam mengenai Perintah Saraan
Peguam Cara), Majlis Peguam menghendaki kamu untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada Majlis Peguam dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis ini suatu penyata dalam Borang B yang dikepilkan bersama-sama ini
(“penyata”) yang berhubungan dengan transaksi bagi tempoh mulai [*masukkan tarikh]
dan berakhir pada [*masukkan tarikh] (termasuk kedua-dua tarikh).
2.
Penyata itu hendaklah disertakan dengan suatu salinan dokumen yang dinyatakan dalamnya. Penyata bersama dengan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada
Setiausaha
Bar
Malaysia di
Majlis
Peguam
Malaysia,
No. 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur.
3.
Apabila menerima penyata, Majlis Peguam boleh menghendaki mana-mana peguam bela dan peguam cara untuk hadir sendiri di hadapan Majlis Peguam dan mengemukakan untuk diperiksa semua dokumen yang berhubungan dengan transaksi itu atau memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Majlis Peguam.
4.
Kegagalan untuk mematuhi notis ini atau mana-mana kehendak lain di bawah
Kaedah-Kaedah Saraan Peguam Cara (Penguatkuasaan) 2016 akan mengakibatkan seseorang peguam bela dan peguam cara dikenakan prosiding tatatertib di bawah
Bahagian VII Akta Profesion Undang-Undang 1976.
P.U. (A) 340 10
Bertarikh [masukkan tarikh notis]
………………………………………..
Setiausaha Bar Malaysia
P.U. (A) 340 11
BORANG C
[Subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(A)]
PENYATA UNTUK DISEMPURNAKAN DAN DIHANTAR SERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM
Nama firma dan alamat pos:
[*Masukkan nama firma peguam bela dan peguam cara]
Sila lengkapkan penyata yang dilampirkan dan hantarkan kepada Setiausaha Bar
Malaysia, Majlis Peguam Malaysia, No. 15 Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur, dalam masa yang ditetapkan dalam Notis dalam Borang A.
Bagi pertanyaan sila hubungi:
No. Telefon: [*masukkan no. tel.]
No. Faks: [*masukkan no. faks]
E-mel: [*masukkan alamat e-mel]
PENTING
Bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi atau tidak Perintah Saraan Peguam
Cara dan/atau apa-apa kaedah atau arahan Majlis Peguam mengenai Perintah Saraan
Peguam Cara, Majlis Peguam telah, melalui notis dalam Borang A, menghendaki kamu untuk melengkapkan dan menghantar serah kepada Majlis Peguam dalam masa yang ditetapkan dalam Borang A, penyata ini yang berhubungan dengan transaksi yang dinyatakan dalam Borang A bagi tempoh/tempoh-tempoh yang dinyatakan dalamnya.
Urusan bukan bertikaian ertinya urusan bukan bertikaian yang dikawal selia oleh
Perintah Saraan Peguam Cara.
Penyata ini hendaklah disertakan dengan suatu salinan dokumen yang dinyatakan dalam Arahan bagi Penyempurnaan Penyata.
P.U. (A) 340 12
Akuan berkanun yang dikehendaki diberikan di akhir penyata ini hendaklah dibuat oleh Pekongsi Pengurusan (jika ada) atau Pekongsi yang bertanggungjawab bagi transaksi yang dinyatakan dalam penyata dan oleh peguam bela dan peguam cara yang bertanggungjawab bagi transaksi masing-masing yang dinyatakan dalam penyata. Pekongsi yang bertanggungjawab bagi transaksi yang dinyatakan dalam penyata bererti pekongsi firma yang bertanggungjawab bagi transaksi tersebut atau mana-mana pekongsi firma yang mengaku janji tanggungjawab untuk menentusahkan maklumat yang dinyatakan dalam penyata ini bagi pihak firma.
Sekiranya terdapat keraguan mengenai cara yang sepatutnya untuk melengkapkan dan menghantar serah penyata ini, kamu hendaklah menulis surat kepada
Majlis Peguam untuk mendapatkan penjelasan atau arahan.
ARAHAN BAGI PENYEMPURNAAN PENYATA DAN JENIS DOKUMEN UNTUK
DILAMPIRKAN BERSAMA DENGAN PENYATA
No. Ruang
Butir-butir yang perlu dinyatakan dan dokumen yang perlu dilampirkan
(1)
Bilangan transaksi yang dimasukkan dalam penyata
(2)
Nyatakan nombor fail anda dan nama peguam bela dan peguam cara yang mengendalikan setiap perkara. Jika terdapat lebih daripada seorang peguam bela dan peguam cara yang bertanggungjawab, anda boleh menyatakan kesemuanya atau peguam cara utama yang bertanggungjawab.
(3)
Nyatakan jenis dan nilai urusan bukan bertikaian. Contohnya,
Jualan dan Pindah Hakmilik (Jadual Pertama) atau Pajakan atau Sewaan (Jadual Kedua) atau Pelepasan Gadaian/Surat
Ikatan Penyerahhakan Semula (Jadual Ketiga) atau Gadaian,
Debentur dan Dokumen Cagaran lain (Jadual Keempat) atau
Dokumen Pelbagai (Jadual Kelima).
P.U. (A) 340 13
Bagi nilai suatu jualan dan pindah hakmilik, nyatakan balasan/ nilai adjudikasi dan lampirkan suatu salinan notis taksiran yang dikeluarkan oleh Pemungut Duti Setem.
Bagi nilai suatu pajakan atau sewaan, nyatakan sewa bulanan dan lampirkan suatu salinan mana-mana dokumen sebagai keterangan sewa bulanan, seperti muka surat pertama Borang 15A, baucer bagi pembayaran duti setem, dsb.
Dalam hal gadaian, debentur dan dokumen cagaran lain nyatakan amaun yang dicagar dan lampirkan suatu salinan mana-mana dokumen sebagai keterangan amaun yang dicagar, seperti muka surat pertama Borang 16A, Borang 34, dsb.
Anda tidak perlu menyatakan nilai dalam hal Pelepasan
Gadaian/Surat Ikatan Penyerahhakan Semula atau dalam hal
Dokumen Pelbagai, ataupun melampirkan apa-apa dokumen bagi penentusahan.
(4)
Nyatakan nombor bil/invois dan amaun fi yang dinyatakan dalamnya, dan lampirkan suatu salinan bil/invois.
(5)
Nyatakan amaun fi yang diterima. Jika fi dibayar secara terus ke akaun pejabat anda, lampirkan suatu salinan resit akaun pejabat anda. Jika fi dipindahkan atau dikeluarkan daripada akaun klien, lampirkan suatu salinan resit akaun klien, resit akaun pejabat anda (jika ada), baucer akaun klien yang berkenaan dan lejer klien yang berkenaan.
(6)
Nyatakan jenis dan bilangan dokumen yang anda perlu lampirkan bagi penentusahan menurut bilangan (3), (4) dan (5) di atas.
Nomborkan dokumen dan nyatakan bilangan muka surat dokumen yang dilampirkan dalam penyata.
P.U. (A) 340 14
BORANG PENYATA
Penyata ini dibuat berhubung dengan transaksi bagi tempoh yang bermula pada …………..……. dan berakhir pada ……………………
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
Bil.
Nombor fail dan nama peguam bela dan peguam cara yang bertanggungjawab
Jenis dan nilai urusan bukan bertikaian
Nombor bil/invois dan amaun fi yang dinyatakan dalamnya
Amaun fi yang diterima
Dokumen yang dilampirkan bagi penentusahan
*PERINGATAN: Sila sediakan salinan penyata ini mengikut jumlah yang dikehendaki bagi memasukkan transaksi bagi tempoh yang ditentukan. Setiap muka surat mesti ditandatangani oleh Pekongsi Pengurusan atau Pekongsi yang bertanggungjawab bagi transaksi yang dinyatakan dalam penyata ini dan peguam bela dan peguam cara yang bertanggungjawab. Simpan satu salinan Borang Penyata ini bagi rekod anda.
……….…….……………………….……………………………………
Tandatangan Pekongsi Pengurusan/
Pekongsi yang bertanggungjawab/Peguam bela dan Peguam cara
Bil. muka surat: