Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016

Seksyen 2

Tafsiran

“akaun klien” hendaklah mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Akaun Peguam Cara 1990 [P.U. (A) 301/1990];

“akaun pejabat” ertinya suatu akaun yang disenggarakan oleh peguam bela dan peguam cara bagi amalannya, selain akaun klien;

“dokumen” ertinya buku, akaun, buku tunai klien, lejar klien, rekod, baucer, bil, invois, resit dan apa-apa dokumen lain berhubung dengan transaksi, dan hendaklah termasuk buku helai cerai, kad atau dokumen lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi pengendalian apa-apa sistem simpan kira, mekanikal atau berkomputer;

“firma” ertinya firma yang di bawah namanya peguam bela dan peguam cara menjalankan amalan dan yang didaftarkan oleh Majlis Peguam dalam daftar nama firma yang disenggarakan oleh Majlis Peguam di bawah subseksyen 85(1) Akta;

“Majlis Peguam” termasuklah mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh

Majlis Peguam di bawah subseksyen 58(1) Akta;

P.U. (A) 340 3

“urusan bukan bertikaian diselesaikan” ertinya urusan bukan bertikaian bagi seseorang klien yang baginya peguam bela dan peguam cara telah membayar sepenuhnya atau sebahagiannya fi yang kena dibayar kepadanya, sama ada dibayar oleh klien atau mana-mana orang lain, dan sama ada fi telah dibayar ke dalam akaun klien atau akaun pejabat;

“urusan bukan bertikaian” ertinya urusan bukan bertikaian yang dikawal selia oleh Perintah Saraan Peguam Cara 2005 [P.U. (A) 520/2005];

“skala atau fi tetap” ertinya skala atau fi tetap yang ditetapkan di bawah

Perintah Saraan Peguam Cara 2005.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016