Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016

Seksyen 3

Paparan tanda “tiada diskaun”

(1)

Seseorang peguam bela dan peguam cara hendaklah memaparkan di tempat yang mudah dilihat di dalam premis yang dia menjalankan amalan, suatu tanda

“tiada diskaun”.

(2)

Tanda “tiada diskaun” hendaklah mengandungi perkataan yang berikut dalam bahasa kebangsaan:

“Tiada diskaun ke atas skala atau fi tetap bagi urusan bukan bertikaian yang dikawal selia oleh Perintah Saraan Peguam Cara 2005

[P.U. (A) 520/2005]”.

(3)

Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melanggar subkaedah 3(1) atau (2) boleh dikenakan prosiding tatatertib.

Peguam bela dan peguam cara atau mana-mana orang boleh membuat aduan mengenai pelanggaran Perintah Saraan Peguam Cara

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016