Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016

Seksyen 5

(a)

tiada merit dalam aduan itu, menolak aduan itu dan memberitahu pengadu dan peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan itu dibuat; atau

(b)

terdapat merit dalam aduan itu—

(i)

menghantar atau menghantar serah kepada peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan itu dibuat suatu salinan aduan berserta dengan semua dokumen sokongan, jika ada, yang diberikan kepada Majlis Peguam; dan

(ii)

bagi maksud mendapatkan maklumat penuh bagi menentukan sama ada seseorang peguam bela dan peguam cara telah mematuhi Perintah Saraan Peguam Cara,

Majlis Peguam boleh, dalam Borang B Jadual, menghendaki

P.U. (A) 340 5

mana-mana peguam bela dan peguam cara melakukan semua atau mana-mana yang berikut:

(A)

melengkapkan dan menghantar serah kepada Majlis

Peguam, suatu penyata berhubung dengan mana-mana transaksi dalam Borang C Jadual;

(B)

hadir sendiri di hadapan Majlis Peguam dan mengemukakan untuk diperiksa apa-apa dokumen yang berhubungan dengan mana-mana transaksi; atau

(C)

memberikan secara bertulis apa-apa maklumat atau butir-butir yang difikirkan perlu oleh Majlis Peguam.

(2)

Majlis Peguam boleh menggunakan—

(a)

penyata yang dilengkapkan dan dihantar serah oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(A);

(b)

hasil pemeriksaan dokumen oleh Majlis Peguam yang diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(B); atau

(c)

apa-apa maklumat atau butir-butir yang diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah subsubperenggan 5(1)(b)(ii)(C), sebagai asas aduan kepada Lembaga Tatatertib terhadap peguam bela dan peguam cara yang terhadapnya aduan dibuat.

(3)

Seseorang peguam bela dan peguam cara yang tidak mematuhi kehendak

Majlis Peguam di bawah subperenggan 5(1)(b)(ii) boleh dikenakan prosiding tatatertib.

P.U. (A) 340 6

(4)

Walau apa pun apa-apa dalam kaedah ini dan kaedah 4, Majlis Peguam boleh, dengan usulnya sendiri, mengambil tindakan di bawah subperenggan 5(1)(b)(ii).

Penyampaian notis

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH SARAAN PEGUAM CARA (PENGUATKUASAAN) 2016