Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Agenda mesyuarat Suruhanjaya hendaklah diedarkan kepada anggota sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat.
(2)
Mana-mana anggota hendaklah memberitahu Setiausaha secara bertulis sekurang-kurangnya dua hari bekerja sebelum bermulanya mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya sekiranya anggota itu berhasrat untuk memasukkan isu tambahan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya.
7
(3)
Setiausaha hendaklah mendapatkan keizinan Pengerusi tentang apa-apa isu tambahan yang dicadangkan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya.
(4)
Jika keizinan Pengerusi diperoleh, Setiausaha hendaklah—
(a)
menyebabkan suatu kertas disediakan bagi maksud pembentangan isu tambahan dalam mesyuarat Suruhanjaya; dan
(b)
mengedarkan semula agenda mesyuarat di bawah subkaedah (1)
berserta dengan kertas yang disebut dalam perenggan (a) kepada anggota.
(5)
Jika Pengerusi tidak mengizinkan isu tambahan oleh seseorang anggota dimasukkan dalam agenda mesyuarat
Suruhanjaya,
Setiausaha hendaklah memaklumkan anggota itu mengenai keputusan itu.
(6)
Pengerusi boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan apa-apa perkara lain yang tidak disenaraikan dalam agenda mesyuarat Suruhanjaya dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Kertas untuk dibentangkan dan minit mesyuarat