Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(1)
Suruhanjaya boleh membuat suatu keputusan tanpa mesyuarat tentang apa-apa perkara melalui edaran kertas kepada anggota dan anggota hendaklah membuat keputusan yang berhubungan dengan kertas itu.
(2)
Keputusan di bawah subkaedah (1) hendaklah menjadi keputusan sebulat suara dan hendaklah disahkan dalam mesyuarat Suruhanjaya yang berikutnya.
(3)
Jika tiada keputusan sebulat suara dibuat di bawah subkaedah (2) atau mana-mana anggota menghendaki perkara tersebut dipertimbangkan dalam mesyuarat
Suruhanjaya, kertas itu hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat Suruhanjaya.
Penyampaian notis, dsb.