Malaysia legislation

Section 16

of KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2017

Seksyen 16

(1)

Pengerusi boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa, sebagaimana yang

Pengerusi fikirkan perlu atau suai manfaat, untuk membuat apa-apa syor kepada

Suruhanjaya.

(2)

Suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subkaedah (1)—

(a)

hendaklah dipengerusikan oleh mana-mana anggota atau mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik oleh Pengerusi;

(b)

hendaklah menepati dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada Jawatankuasa oleh Pengerusi; dan

(c)

boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(3)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subkaedah (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota, pegawai Suruhanjaya atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan layak oleh Pengerusi.

(4)

Jawatankuasa hendaklah membuat syor kepada Suruhanjaya dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh penubuhan Jawatankuasa di bawah subkaedah (1).

(5)

Jika jawatankuasa tidak dapat membuat apa-apa syor dalam masa yang dinyatakan dalam subkaedah (4), Pengerusi boleh memberi pelanjutan masa untuk suatu tempoh tidak lebih daripada sembilan puluh hari.

(6)

Jika tiada pelanjutan masa diberikan di bawah subkaedah (5), jawatankuasa itu hendaklah terbubar serta-merta.

Kerahsiaan

Section 16 — KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2017