Skip to content

Seksyen 3

Mesyuarat Suruhanjaya

of Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 20
Seksyen 3

(1)

Suruhanjaya hendaklah mengadakan satu mesyuarat Suruhanjaya tiap-tiap minggu, melainkan jika diputuskan selainnya oleh Pengerusi, pada hari dan masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengerusi.

(2)

Mesyuarat Suruhanjaya hendaklah dihadiri oleh semua anggota.

(3)

Tiap-tiap anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tentang hari, masa dan tempat mesyuarat Suruhanjaya sekurang-kurangnya sehari sebelum mesyuarat itu.

(4)

Pada mana-mana mesyuarat Suruhanjaya, Pengerusi dan empat anggota lain hendaklah membentuk suatu kuorum.

Mesyuarat khas Suruhanjaya