Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Mana-mana anggota yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang sedang dipertimbangkan atau diputuskan dalam mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya dan yang hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat.
(2)
Selepas penzahiran di bawah subkaedah (1) dibuat, anggota itu tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertimbangtelitian atau keputusan mesyuarat Suruhanjaya yang berhubungan dengan perkara itu dan ketidakhadiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang dalamnya penzahiran itu dibuat.
Kelakuan semasa mesyuarat