Skip to content

Seksyen 8

Kelakuan semasa mesyuarat

of Kaedah-Kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 2017

P.U. (A)In forceProvision 8 of 20
Seksyen 8

(1)

Dalam mana-mana mesyuarat Suruhanjaya, Pengerusi boleh menegur mana-mana anggota jika Pengerusi mendapati anggota itu menyimpang daripada hal yang sedang dibincangkan atau selainnya berkelakuan dengan cara yang difikirkan tidak mengikut tatacara oleh Pengerusi.

(2)

Pengerusi boleh mengarahkan mana-mana anggota yang ingkar kepada teguran yang dibuat di bawah subkaedah (1) untuk meninggalkan mesyuarat

Suruhanjaya.

(3)

Walau apa pun subkaedah (2), Pengerusi boleh membenarkan anggota itu untuk menghadiri semula mesyuarat Suruhanjaya.

(4)

Keputusan Pengerusi adalah muktamad.

6