Malaysia legislation

Section 9

of KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2017

Seksyen 9

(1)

Setiausaha hendaklah menjadi setiausaha mesyuarat Suruhanjaya.

(2)

Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

mengeluarkan notis mesyuarat;

(b)

memastikan kertas untuk dibentangkan disediakan sebelum mesyuarat;

(c)

memastikan mesyuarat dijalankan mengikut Kaedah-Kaedah ini;

(d)

memastikan semua keputusan mesyuarat direkodkan dalam minit mesyuarat;

(e)

memastikan semua keputusan Suruhanjaya dilaksanakan;

(f)

menyimpan semua minit mesyuarat;

(g)

menyediakan salinan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan 1957

[Akta 393] kepada setiap anggota; dan

(h)

melaksanakan apa-apa perkara sebagaimana yang diarahkan oleh

Pengerusi.

Agenda mesyuarat Suruhanjaya

Section 9 — KAEDAH-KAEDAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 2017