Skip to content

Seksyen 7

Bayaran perbelanjaan dan pampasan

of Kaedah-Kaedah Tatacara Jenayah (Kadar Bayaran Kepada Saksi) 2011

P.U. (A)In forceProvision 7 of 10
Seksyen 7

(1)

Bayaran perbelanjaan dan pampasan yang disebut dalam kaedah 4 dan 6, dan bayaran fi yang disebut dalam kaedah 5 hendaklah dibuat kepada saksi atau kepada ibu atau bapa, saudara atau penjaga saksi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

P.U. (A) 319 4

(2)

Pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah, sebelum membuat apa-apa bayaran di bawah subkaedah (1), menghendaki saksi atau ibu atau bapa, saudara atau penjaga saksi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mengemukakan saman kepada saksi yang telah diendorskan oleh mahkamah sebagai bukti kehadiran atau apa-apa dokumen berkaitan yang lain untuk menyokong permohonan yang dibuat.