Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) 2011
Seksyen 3
(1)
Seseorang penjana yang layak yang bercadang untuk membina—
(a)
suatu pepasangan FV yang mempunyai kWp berkadar yang melebihi 72kWp sehingga dan termasuk 180kWp; atau
P.U. (A) 387 13
(b)
suatu pepasangan bukan FV yang mempunyai kapasiti eksport bersih yang melebihi 72kW sehingga dan termasuk 180kW, dan menyambungkan pepasangan itu ke suatu tempat sambungan hendaklah sebelum membuat suatu permohonan kepada Pihak Berkuasa bagi kelulusan galakan di bawah
Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan)
2011 [P.U. (A) 385/2011], mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada pemegang lesen pengagihan yang rangkaian pengagihan elektriknya dicadangkan untuk disambungkan ke pepasangan itu supaya pemegang lesen pengagihan itu menjalankan pemeriksaan pengesahan sambungan berkenaan dengan sambungan yang dicadangkan itu.
(2)
Permintaan yang dikemukakan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertai dengan kWp berkadar atau kapasiti eksport bersih bagi pepasangan yang dicadangkan itu.
(3)
Apabila menerima permintaan di bawah subkaedah (1), pemegang lesen pengagihan hendaklah—
(a)
menjalankan suatu pemeriksaan pengesahan sambungan bagi mengesahkan sama ada sambungan yang dicadangkan itu boleh dilakukan secara teknikal; dan
(b)
menyediakan dan mengemukakan suatu laporan semakan pengesahan sambungan kepada penjana yang layak dalam bentuk yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa, dalam masa empat belas hari dari penerimaan permintaan itu.
(4)
Jika pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa sambungan itu tidak boleh dilakukan secara teknikal, pemegang lesen pengagihan hendaklah dengan jelas menyatakan sebab-sebabnya dalam laporan yang disediakan dan dikemukakan di bawah subkaedah (3).
P.U. (A) 387 14
(5)
Penjana yang layak hendaklah membayar satu ribu ringgit kepada pemegang lesen pengagihan sebagai kos bagi menjalankan pemeriksaan pengesahan sambungan.
(6)
Seseorang pemegang lesen pengagihan yang tidak mematuhi subkaedah (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(7)
Jika berlaku apa-apa pertikaian antara pemegang lesen pengagihan dengan penjana yang layak tentang apa-apa aspek pemeriksaan pengesahan sambungan, pemegang lesen pengagihan atau penjana yang layak itu boleh merayu kepada Pihak
Berkuasa dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan laporan semakan pengesahan sambungan yang disebut dalam perenggan (3)(b) dan penentuan Pihak
Berkuasa itu adalah muktamad dan mengikat.
Kajian sistem kuasa