Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) (PINDAAN) 2014
Seksyen 7
Kaedah 12 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—
(a)
dalam subkaedah (1)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
(ii)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
bagi pepasangan berbilang yang bersambung kepada satu tempat sambungan kabel saling hubung yang berakhir di stesen suis yang berdekatan dengan pepasangan tenaga boleh baharu dengan satu kabel saling hubung antara stesen suis dan tempat sambungan pemegang lesen pengagihan, satu pemegang kelulusan galakan hendaklah memiliki kesemua pepasangan tenaga boleh baharu itu, dan—
P.U. (A) 120 9
(i)
unit yang hilang dalam sambungan saling hubung antara stesen suis dan tempat sambungan pemegang lesen pengagihan akan diagihkan kepada pepasangan tenaga boleh baharu itu secara pro rata;
dan
(ii)
pemegang kelulusan galakan bertanggungjawab bagi pengendalian dan penyenggaraan stesen suis dan sambungan saling hubung sehingga tempat sambungan pemegang lesen pengagihan,”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subkaedah (3) subkaedah yang berikut:
“(4)
Pengagihan unit yang hilang dalam sambungan saling hubung dan tanggungjawab pemegang kelulusan galakan yang dinyatakan dalam subperenggan
(1)
(ii)
dan
(1)
(iii)
hendaklah dibuat dalam suatu perjanjian bertulis berasingan antara pemegang lesen pengagihan dengan pemegang kelulusan galakan bagi tujuan memenuhi pengagihan dan tanggungjawab itu.”.
Pindaan kaedah 15