Malaysia legislation
Section 16
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 16
Penggantian kelulusan galakan
(1)
Jika kelulusan galakan hilang atau musnah, seseorang pemegang kelulusan galakan hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Pihak Berkuasa berkenaan dengan kehilangan atau kemusnahan itu.
(2)
Pemegang kelulusan galakan yang disebut dalam subkaedah (1)
hendaklah membuat suatu permohonan kepada Pihak Berkuasa secara bertulis bagi penggantian kelulusan galakan itu dan permohonan itu hendaklah disertai dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa kehilangan atau kemusnahan sesuatu kelulusan galakan di bawah subkaedah (1) tidak membabitkan apa-apa fraud,
Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan suatu penggantian bagi kelulusan galakan itu dengan perkataan “PENDUA” diendorskan pada kelulusan galakan yang baharu.
(4)
Kelulusan galakan pendua yang dikeluarkan di bawah subkaedah (3)
hendaklah mempunyai kesan yang sama sebagaimana kelulusan galakan yang asal.
Penyerahhakan atau pemindahan hakmilik kelulusan galakan disebabkan oleh pembelian pepasangan tenaga boleh baharu oleh pemegang lesen pengagihan atau sekutu pemegang lesen pengagihan