Malaysia legislation
Section 18
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 18
Permohonan bagi menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik kelulusan galakan
(1)
Seseorang pemegang kelulusan galakan boleh memohon untuk menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik kelulusan galakannya dengan mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa dan permohonan itu hendaklah disertai dengan butir-butir yang berkaitan bagi penyerahhakan atau pemindahan hakmilik yang dicadangkan itu, termasuklah butir-butir pemegang serah hak atau penerima pindahan yang dicadangkan.
(2)
Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas penerimaan permohonan di bawah subkaedah (1), meminta pemegang kelulusan galakan untuk memberikan maklumat tambahan atau dokumen lain kepada Pihak Berkuasa dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam permintaan itu.
(3)
Apabila permintaan di bawah subkaedah (2) diterima, pemegang kelulusan galakan hendaklah memberikan maklumat tambahan atau dokumen lain itu kepada Pihak Berkuasa.
(4)
Jika apa-apa maklumat tambahan atau dokumen lain yang dikehendaki di bawah subkaedah (2) tidak disediakan oleh pemegang kelulusan galakan dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya.
(5)
Apa-apa permohonan yang disifatkan telah ditarik balik di bawah subkaedah (4) tidak boleh menjejaskan hak pemegang kelulusan galakan untuk membuat permohonan baru.
Kelulusan untuk menyerahhakan atau memindahkan hakmilik kelulusan galakan