Malaysia legislation

Section 19

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011

Seksyen 19

(1)

Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subkaedah 18(1) dan berpuas hati dengan maklumat tambahan atau dokumen

P. U. (A) 385

21

lain yang diberikan di bawah subkaedah 18(3), meluluskan, dengan atau tanpa syarat, atau menolak permohonan itu.

(2)

Pihak Berkuasa tidak boleh memberikan kelulusan di bawah subkaedah

(1)

melainkan jika pemegang kelulusan galakan itu memberikan keterangan yang mencukupi yang memuaskan hati Pihak Berkuasa bahawa penyerahhakan atau pemindahan hakmilik yang dicadangkan itu—

(a)

tidak boleh diramal secara munasabah pada masa permohonan bagi kelulusan galakan itu dibuat;

(b)

adalah adil dan munasabah; dan

(c)

adalah selaras dengan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 3(3) Akta.

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah memaklumkan keputusannya di bawah subkaedah (1) kepada pemegang kelulusan galakan melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Notis bertulis yang disebut dalam subkaedah

(3)

hendaklah menyatakan—

(a)

dalam hal jika permohonan itu diluluskan, apa-apa syarat yang dikenakan ke atas kelulusan itu, sekiranya ada; dan

(b)

dalam hal jika permohonan itu ditolak, alasan bagi penolakan itu.

(5)

Walau apa pun subkaedah (2), Pihak Berkuasa boleh meluluskan sesuatu permohonan pemegang kelulusan galakan untuk menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik sesuatu kelulusan galakan kepada—

(a)

pemegang lesen pengagihan atau sekutu pemegang lesen pengagihan itu, dengan syarat bahawa penyerahhakan atau pemindahan hakmilik itu adalah disebabkan oleh pembelian sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu oleh pemegang lesen

P. U. (A) 385

22

pengagihan atau sekutu pemegang lesen pengagihan itu yang disebabkan oleh kemungkiran perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang didaftarkan di bawah Akta;

(b)

pemegang serah hak atau penerima pindahan sesuatu kelulusan galakan yang dicadangkan, yang berhubung dengan pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya dengan kapasiti terpasang sehingga dan termasuk tujuh puluh dua kilowatt apabila pemegang kelulusan galakan itu memberikan keterangan tentang −

(i)

penjualan bangunan yang baginya pepasangan tenaga boleh baharu itu berkaitan; dan

(ii)

novasi perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang terpakai dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Section 19 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011