Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bangunan” ertinya struktur bangunan berbumbung yang boleh digunakan dan dimasuki dengan bebas oleh manusia dan direka bentuk secara khusus bagi maksud melindungi manusia, haiwan atau objek daripada persekitaran luaran;
“kabel saling hubungan” ertinya kabel atau talian bagi menghantar elektrik daripada suatu pepasangan tenaga boleh baharu ke suatu tempat sambungan;
“kadar tarif galakan asas” ertinya—
(a)
berhubungan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan biogas, biojisim atau fotovolta suria sebagai sumber boleh
P. U. (A) 385
6
baharunya, kadar tarif galakan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam baris (a) ruang ketiga Jadual kepada Akta; dan
(b)
berhubungan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan hidrokuasa kecil sebagai sumber boleh baharunya, kadar tarif galakan asas sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang ketiga
Jadual kepada Akta, dan sebagaimana yang dikurangkan secara progresif di bawah seksyen 17 Akta;
“kadar tarif galakan bonus”, berhubungan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan biogas, biojisim atau fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya, ertinya kadar tarif galakan bonus sebagaimana yang dinyatakan dalam baris (b) ruang ketiga Jadual kepada Akta dan sebagaimana yang dikurangkan secara progresif di bawah seksyen 17 Akta;
“laporan ujian penerimaan” ertinya suatu laporan yang disediakan oleh orang berkelayakan di bawah kaedah 14 Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak
Teknikal dan Pengendalian) 2011 [P.U. (A) 387/2011];
“penggunaan sebagai bahan bangunan”, berhubungan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya, ertinya penggunaan modul fotovolta suria yang berfungsi sebagai bahan bangunan utama tanpa bahan bangunan sekunder di bawah modul fotovolta suria itu yang menjalankan fungsi yang sama.
“permohonan”, berhubungan dengan suatu permohonan bagi kelulusan galakan, ertinya suatu permohonan yang telah memenuhi semua kehendak yang terpakai di bawah Bahagian II Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan
Pengendalian) 2011;
“meter hasil” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah
Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
P. U. (A) 385
7
“orang asing” ertinya—
(a)
seorang bukan warganegara Malaysia;
(b)
seorang pemastautin tetap Malaysia;
(c)
suatu syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125] atau mana-mana entiti asing yang lain; atau
(d)
suatu entiti Malaysia yang dalamnya individu, syarikat asing atau entiti asing lain yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang memegang lebih daripada empat puluh sembilan peratus daripada kuasa mengundi atau modal syer terbitan
(tidak termasuk syer keutamaan);
“orang berkelayakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011;
“pencapaian” ertinya sesuatu peringkat atau peristiwa yang penting dalam pembangunan sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu;
“sekutu”, berhubungan dengan seseorang pemegang lesen pengagihan, ertinya—
(a)
seseorang yang memegang, secara langsung atau tidak langsung, lebih daripada empat puluh sembilan peratus kuasa mengundi atau modal syer terbitan (tidak termasuk syer keutamaan) dalam pemegang lesen pengagihan itu;
(b)
suatu syarikat, yang dalamnya pemegang lesen pengagihan itu memegang, secara langsung atau tidak langsung, lebih daripada empat puluh sembilan peratus daripada kuasa mengundi atau modal syer terbitan (tidak termasuk syer keutamaan); atau
(c)
suatu syarikat, yang dalamnya orang ketiga memegang, secara langsung atau tidak langsung, lebih daripada empat puluh sembilan peratus
P. U. (A) 385
8
daripada kuasa mengundi atau modal syer terbitan (tidak termasuk syer keutamaan) syarikat itu dan orang ketiga itu juga memegang lebih daripada empat puluh sembilan peratus daripada kuasa mengundi atau modal syer terbitan (tidak termasuk syer keutamaan) dalam pemegang lesen pengagihan itu;
“tempat sambungan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kehendak Teknikal dan Pengendalian) 2011.