Malaysia legislation

Section 25

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011

Seksyen 25

(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Kaedah-Kaedah ini, dalam apa-apa syarat kelulusan galakan atau dalam apa-apa permintaan oleh Pihak

Berkuasa, jika suatu tempoh masa dinyatakan bagi suatu perbuatan untuk dilakukan atau suatu syarat untuk dipenuhi, orang yang terjejas itu boleh meminta suatu pelanjutan masa secara bertulis kepada Pihak Berkuasa.

(2)

Pihak Berkuasa boleh, selepas menerima permintaan yang dibuat oleh orang yang terjejas di bawah subkaedah (1), membenarkan pelanjutan masa itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan syarat bahawa orang itu telah memberikan keterangan yang mencukupi yang memuaskan hati Pihak Berkuasa bahawa pelanjutan masa yang dicadangkan itu—

(a)

dikehendaki bukan disebabkan oleh perbuatan, peninggalan atau kecuaian orang itu;

(b)

tidak boleh diramal secara munasabah pada masa kelulusan galakan dipohon;

(c)

adalah adil dan munasabah; dan

(d)

adalah selaras dengan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 3(3) Akta.

Memberi maklumat atau dokumen palsu atau mengelirukan

Section 25 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011