Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011

Seksyen 7

(1)

Jika suatu kelulusan galakan telah diberikan dan pemegang kelulusan galakan bercadang untuk meningkatkan kapasiti terpasang bagi pepasangan tenaga boleh baharunya yang—

(a)

menggunakan satu jenis sumber boleh baharu yang baharu; dan

(b)

tidak mempunyai kabel saling hubungan yang berasingan dan khusus dan meter hasil yang berasingan dan khusus berkenaan dengan peningkatan dalam kapasiti terpasang itu, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah memohon suatu kelulusan galakan yang baharu berkenaan dengan jumlah kapasiti terpasang yang digabungkan bagi pepasangannya selepas mengambil kira peningkatan dalam kapasiti terpasang itu.

P. U. (A) 385

12

(2)

Jika suatu kelulusan galakan telah diberikan dan pemegang kelulusan galakan bercadang untuk meningkatkan kapasiti terpasang bagi pepasangan tenaga boleh baharunya yang

(a)

menggunakan satu jenis sumber boleh baharu yang baharu; dan

(b)

mempunyai kabel saling hubungan yang berasingan dan khusus dan meter hasil yang berasingan dan khusus berkenaan dengan peningkatan dalam kapasiti terpasang itu, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah memegang simpan kelulusan galakannya yang terdahulu dan memohon suatu kelulusan galakan yang berasingan berkenaan dengan peningkatan dalam kapasiti terpasang pepasangan itu.

(3)

Jika suatu kelulusan galakan yang baharu diberikan oleh Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (1), pemegang kelulusan galakan itu hendaklah menyerahkan balik kelulusan galakannya yang diberikan terdahulu itu kepada Pihak Berkuasa pada atau sebelum tarikh permulaan kuat kuasa tarif galakan bagi jumlah kapasiti terpasang yang digabungkan bagi pepasangan itu.

(4)

Apabila kelulusan galakan yang diberikan terdahulu diserahkan balik di bawah subkaedah (3), kelulusan galakan yang diberikan terdahulu itu hendaklah disifatkan telah digantikan dengan kelulusan galakan yang baharu itu.

Permohonan bagi kelulusan galakan bagi meningkatkan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan sumber boleh baharu yang sama

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011