Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011
Seksyen 2
(1)
Seorang pemegang lesen pengagihan hendaklah, tidak lewat dari hari ketujuh pada setiap bulan, mengemukakan suatu tuntutan bertulis kepada Pihak
Berkuasa bagi mendapatkan daripada Kumpulan Wang suatu jumlah yang bersamaan dengan perbezaan antara—
(a)
jumlah tariff galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan mengikut seksyen 16 Akta;
dengan
(b)
kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh pemegang kelulusan galakan itu berdasarkan kos pembekalan yang ditentukan mengikut kaedah 11, berkenaan dengan jumlah yang telah dilakukan dalam bulan yang terdahulu.
4
(2)
Seseorang pemegang lesen pengagihan yang membuat suatu tuntutan di bawah subkaedah (1) hendaklah menberikan maklumat yang berikut kepada Pihak
Berkuasa:
(a)
butir-butir tentang tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan itu kepada setiap pemegang kelulusan galakan di bawah seksyen 16 Akta bagi bulan yang terdahulu;
(b)
butir-butir tentang kuantiti elektrik yang dibeli oleh pemegang lesen pengagihan daripada setiap pemegang kelulusan galakan sebagai balasan bagi tarif galakan yang disebut dalam perenggan (a);
(c)
pengiraan pemegang lesen pengagihan tentang perbezaan antara jumlah tarif galakan yang disebut dalam perenggan (a) dan kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana kuantiti elektrik yang sama yang dibeli di bawah perenggan (b) berdasarkan kos pembekalan yang terpakai pada masa pembelian itu sebagaimana yang ditentukan mengikut kaedah 11; dan
(d)
apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pemegang lesen pengagihan tidak membuat suatu tuntutan pada atau sebelum hari ketujuh bulan itu, pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang tidak dituntut itu pada atau sebelum hari ketujuh pada bulan yang berikutnya.
Pihak Berkuasa hendaklah menentusahan tuntutan