Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011

Seksyen 5

(1)

Jika seseorang pemegang lesen pengagihan, pada bila-bila masa, mendapati bahawa ia telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah memberitahu Pihak

6

Berkuasa secara bertulis dan menyatakan jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu dalam pemberitahuan itu.

(2)

Apabila menerima pemberitahuan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan tuntutan berlebih-lebihan itu.

(3)

Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan dokumen sokongan lain dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(5)

Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.

(6)

Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(7)

Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan di bawah subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa hendaklah—

(a)

jika pembayaran masih belum dibuat kepada pemegang lesen pengagihan itu, memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu daripada tuntutan itu; atau 7

(b)

jika pembayaran yang terlebih telah dibuat kepada pemegang lesen pengagihan itu, Pihak Berkuasa boleh—

(i)

memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu daripada tuntutan yang berikutnya yang dibuat di bawah subkaedah 2(1); atau

(ii)

menghendaki pemegang lesen pengagihan itu untuk membayar balik jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu kepada Pihak Berkuasa tanpa apa-apa bunga dalam tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis di bawah subkaedah (6).

Tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan dengan sengaja

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011