Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU) 2011
Seksyen 4
Pemegang lesen pengagihan hendaklah membuat perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu dengan pemegang kelulusan galakan menurut kaedah 3—
(a)
berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang mempunyai kWp berkadar sehingga dan termasuk 1,000 kWp dan yang menggunakan fotovolta suria sebagai sumber boleh baharunya, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis bertulis di bawah subkaedah 12(1) Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan
Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011; dan 4
(b)
berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu selain pepasangan tenaga boleh baharu yang disebut dalam perenggan (a), dalam masa enam puluh hari dari tarikh penerimaan notis bertulis di bawah subkaedah 12(1) Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan
Galakan dan Kadar Tarif Galakan) 2011.
Jenis, kandungan dan bentuk perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu