Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU) 2011

Seksyen 5

(1)

Jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu yang disebut dalam kaedah 3 hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual dengan mengambil kira sumber boleh baharu yang akan digunakan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual dan kapasiti pepasangan tenaga boleh baharu yang dicadangkan sebagaimana yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual.

(2)

Kandungan setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah mengandungi peruntukan minimum yang berikut:

(a)

bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu hendaklah terus berkuat kuasa sepanjang tempoh berkuat kuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan galakan, melainkan jika perjanjian itu ditamatkan lebih awal mengikut peruntukan perjanjian itu;

(b)

bahawa pemegang kelulusan galakan hendaklah menjual dan menghantar, dan pemegang lesen pengagihan hendaklah membeli dan menerima, tenaga boleh baharu yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu pemegang kelulusan galakan dan dimeterkan oleh pemegang lesen pengagihan di tempat sambungan;

(c)

bahawa harga yang hendaklah dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan bagi tenaga boleh baharu yang dijana dan dihantar oleh pepasangan tenaga boleh

5

baharu pemegang kelulusan galakan itu ialah kadar tarif galakan sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa mengikut Akta dan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan

Kadar Tarif Galakan) 2011;

(d)

bahawa pemegang kelulusan galakan hendaklah mengendalikan pepasangan tenaga boleh baharunya dengan menggunakan sumber boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam kelulusan galakannya;

(e)

bahawa pembacaan meter hasil, penyediaan dan pengeluaran pemberitahu bayaran dan pembayaran yang dibuat menurut pemberitahu bayaran itu hendaklah dibuat mengikut Kaedah-Kaedah

Tenaga

Boleh

Baharu

(Kehendak

Teknikal dan

Pengendalian) 2011;

(f)

bahawa mana-mana pihak kepada perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu boleh menamatkan perjanjian itu mengikut peruntukan perjanjian itu jika pihak yang satu lagi telah memungkiri perjanjian itu yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pihak yang pertama disebut untuk menamatkan perjanjian itu; dan

(g)

bahawa perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu hendaklah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

(3)

Kandungan setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disebut dalam perenggan 4(b) hendaklah mengandungi peruntukan tambahan yang berikut:

6

(a)

bahawa jika pemegang lesen pengagihan menamatkan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu disebabkan oleh kemungkiran perjanjian oleh pemegang kelulusan galakan yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pemegang lesen pengagihan untuk menamatkan perjanjian itu, pemegang lesen pengagihan itu hendaklah mempunyai pilihan untuk membeli pepasangan tenaga boleh baharu itu dengan cara dan bagi harga belian sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan perjanjian itu; dan

(b)

bahawa jika pemegang kelulusan galakan menamatkan perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu itu disebabkan oleh kemungkiran perjanjian oleh pemegang lesen pengagihan yang kemungkiran itu ialah suatu jenis yang, sebagaimana yang diperuntukkan dalam perjanjian, memberi hak kepada pemegang kelulusan galakan untuk menamatkan perjanjian itu, pemegang kelulusan galakan itu hendaklah mempunyai pilihan untuk menjual pepasangan tenaga boleh baharu itu kepada pemegang lesen pengagihan dengan cara dan bagi harga belian sebagaimana yang ditentukan mengikut peruntukan perjanjian itu.

(4)

Setiap jenis perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah dalam bentuk perjanjian yang bertarikh 1 Disember 2011.

(5)

Bentuk perjanjian yang disebut dalam subkaedah (4) hendaklah dijadikan tersedia oleh Pihak Berkuasa di mana-mana pejabatnya dan dalam laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa.

7

Penyimpangan daripada bentuk perjanjian

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (PERJANJIAN PEMBELIAN KUASA TENAGA BOLEH BAHARU) 2011