Seksyen 7
Pindaan kepada bentuk perjanjian oleh Pihak Berkuasa
of Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Baharu) 2011
P.U. (A)In forceProvision 7 of 8
Seksyen 7
Jika Pihak Berkuasa membuat apa-apa pindaan kepada bentuk perjanjian yang disebut dalam subkaedah 5(4), Pihak Berkuasa hendaklah—
(a)
menyimpan rekod yang sewajarnya berkenaan dengan pindaan yang dibuat dan tarikh pindaan itu dibuat; dan
(b)
menjadikan tersedia bentuk perjanjian yang dikemas kini di mana-mana pejabatnya dan dalam laman sesawang rasmi Pihak Berkuasa.